fbpx

Banjir: 7 laporan pecah kilang, kedai makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kedai serbaneka yang dipecah masuk baru-baru ini.

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tujuh laporan polis berhubung pecah premis sama ada kilang dan kedai makanan dan kepeluan harian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tangkapan telah dilakukan terhadap suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Katanya, siasatan yang semunasabah dan sewajarnya akan dijalankan PDRM.

“Tujuh kes itu masing-masing adalah empat di Shah Alam, Klang Utara (2) dan Klang Selatan (1).

“Kita turut menahan seorang lelaki iaitu pemandu lori tunda yang dikatakan telah membawa lari sebuah kenderaan,”  katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya telah meletakkan 30 pasukan cantas Jabatan Siasatan Jenayah melibatkan 120 anggota bagi memastikan kejadian tidak berulang khususnya di Shah Alam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI