fbpx

Doakan Intan dan bayi kami – Harris Alif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua pasangan ini positif Covid-19 dan hanya Intan dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara Harris Alif meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya, Intan Ladyana dan bayi dalam kandungan yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh malam tadi selepas positif Covid-19.

Harris ketika dihubungi Kosmo Online! sebentar tadi memberitahu, isterinya dikejarkan ke hospital tersebut sekitar pukul 8 malam tadi selepas keputusan ujian PCR dan RTK positif.

“Sebenarnya saya dulu yang positif Covid-19. Hari ini masuk hari keempat saya kuarantin kendiri di rumah dan cuma Intan sahaja yang dibawa ke hospital.

“Mungkin Intan dapat pun dari saya sebab kami tinggal serumah walapun sudah asingkan diri. Dia mengadu tak sedap badan sejak beberapa hari lalu sampailah ambil keputusan untuk membuat ujian calitan.

“Bila dapat tahu keputusan positif, saya terus hubungi pihak Kementerian Kesihatan dan ambulans sampai depan rumah malam tadi. Intan golongan risiko sebab dia kini hamil tujuh bulan,” katanya yang memberitahu Intan dijangka melahirkan anak sulung mereka Februari nanti.

Tambah pengacara rancangan Generasi Z itu lagi, keadaan isteri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan Intan akan menjalani kuarantin selama 10 hari di sana.

“Alhamdulillah. Sejak dimasukkan ke hospital, Intan baik-baik sahaja. Dia tak nampak sakit atau lemah. Dia juga tidak memerlukan bantuan pernafasan. Kandungan pun dalam keadaan baik dan sihat.

“Saya minta semua doakan kesihatan Intan dan bayi dalam kandungan. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan urusan kami,” katanya yang tidak tahu dari mana punca jangkitan Covid-19 yang dijangkitinya.

Terdahulu, khabar mengejutkan itu dimuat naik dalam satu hantaran Instagram milik program hiburan terkenal, Melodi sekitar tengah malam tadi.

Pelakon terkenal Didi Alias turut berkongsi video memaparkan Intan berada dalam di ambulans dan dikejarkan ke hospital selepas disahkan positif wabak Covid-19.

Untuk rekod, Intan dan Harris selamat diijabkabul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI