fbpx

Kemudahan teknologi di mahkamah syariah ketinggalan 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amzad (kanan) dan Wan Abdul Malik (dua dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian pegawai syariah Terengganu yang menghadiri program Cabaran Pegawai-Pegawai Syariah dalam Mendepani Revolusi Industri 4.0 di Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Institusi kehakiman syariah memerlukan transformasi dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu, Wan Abdul Malik Wan Sidek berkata, berbanding dengan institusi mahkamah sivil, mahkamah syariah jauh ketinggalan dengan kebanyakan kemudahan teknologi dimilikinya berusia lebih 10 tahun.

“Sewaktu mahkamah sivil sudah memiliki sistem yang membolehkan urusan pendaftaran kes dan pembayaran dilakukan secara online, mahkamah syariah masih perlu melakukan secara manual di kaunter.

“Keterangan-keterangan (prosiding) di mahkamah syariah juga perlu dicatat secara tulisan tangan sedangkan mahkamah sivil yang sudah menggunakan sistem visual audio iaitu sistem rakaman mahkamah,” katanya ketika ditemui pada majlis Cabaran Pegawai-Pengawai Syariah dalam Mendepani Revolusi Industri 4.0 di sini malam tadi.

Program yang dirasmi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim itu turut dihadiri Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun.

Wan Abdul Malik berkata, kekangan tersebut menimbulkan kesukaran bagi melakukan koordinasi antara negeri selain secara tidak langsung banyak kes-kes syariah tertunggak serta lewat diselesaikan terutama sewaktu penularan pandemik Covid-19 ini.

Pengerusi Persatuan Pegawai Syariah Terengganu itu berkata, kelewatan penyelesaian kes berkenaan bukan sahaja menyebabkan institusi kehakiman syariah dilihat sebagai tidak efisien dan efektif malah dikhuatiri boleh menjejaskan individu terlibat ekoran lewat mendapat keadilan.

“Sehubungan itu, saya mohon isu tersebut diambil cakna oleh kerajaan bagi menambah baik sistem sedia ada di mahkamah syariah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI