fbpx

Lima peniaga culas jual barangan ketulenan logam dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan di salah satu premis menjual logam berharga di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil tindakan ke atas lima peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga 1994) di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, jumlah itu direkodkan sejak Januari 2021 sehingga 19 Disember 2021.

“Sebanyak 3,609 premis yang menjual logam berharga telah diperiksa di seluruh negara, manakala sejumlah 159 aduan berkaitan logam berharga ini juga telah diterima KPDNHEP.

“Daripada jumlah itu sebanyak lima tindakan kes telah diambil ke atas peniaga yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang ini,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azman memaklumkan sepasukan anggota penguat kuasa (KPDNHEP) telah menjalankan pemeriksaan berkaitan ketulenan logam berharga di Putrajaya pada 17 Disember 2021 di pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya.

“Sebanyak tiga premis yang menjual logam berharga di pusat membeli belah ini telah diperiksa dengan menggunakan alat pengujian ketulenan logam berharga XRF.

“Alat XRF ini merupakan suatu alat pengujian ketulenan logam berharga yang menggunakan kaedah pengujian tanpa musnah (Non-Destructive Testing Method) ke atas lebih 100 jenis unsur logam seperti emas, perak, gangsa dan lain-lainnya,” ujarnya.

Katanya, tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas ketulenan logam berharga itu adalah mengikut Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga 1994) di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Ujarnya, sebanyak lima sampel barang berharga telah diuji dengan alat XRF ini di setiap premis terbabit termasuklah cincin, gelang, rantai dan loket yang diperbuat daripada emas dan perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI