fbpx

Terengganu bersedia hadapi PRU-15, DUN tidak semesti dibubarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya Parlimen dibubarkan secara mengejut pada masa terdekat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, begitupun. Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak semestinya akan turut dibubarkan sekiranya PRU-15 diadakan pada tahun ini.

“Kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya (PRU-15) tetapi tidak semestinya DUN (Terengganu) akan bubar juga.

“Kita tengok dahulu keadaan dan keperluan pada masa itu. Apa sahaja boleh berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Konsortium bagi projek ECRL antara Ahmad Zaki Sdn. Bhd. dengan GPQ Sdn. Bhd. serta MMC Engineering Sdn. Bhd. dengan P-Excell Management Sdn. Bhd.

Kesemua kerusi 32 DUN dan lapan Parlimen Terengganu dikuasai Pas dan Barisan Nasional (BN) yang kini membentuk kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu DUN negeri itu tidak akan dibubarkan sekiranya PRU-15 diadakan secara mengejut pada masa terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI