THE HAGUE, Belanda – Pihak pendakwa raya Belanda hari ini meminta hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap empat suspek yang dibicarakan tanpa kehadiran mereka kerana dituduh menembak jatuh penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines.
Pesawat itu ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu darat ke udara pada 2014 yang mengorbangkan seramai 298 orang.
Keempat-empat suspek yang dibicarakan itu teridiri daripada warganegara Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov serta rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko. Mereka dituduh melancarkan peluru berpandu BUK yang mengenai pesawat Boeing 777 tersebut di kawasan bergolak di timur Ukraine.
Pasukan penyiasat antarabangsa berkata, peluru berpandu BUK itu pada asalnya di bawah dari sebuah pangkalan tentera Rusia, bertujuan untuk digunakan dalam perang terhadap tentera Ukraine.
Penghakiman kes tersebut yang dibicarakan di sebuah mahkamah dikawal ketat dekat lapangan terbang Schiphol di mana penerbangan MH-17 berlepas ke Kuala Lumpur, dijangka diketahui pada lewat 2022.
“Hukuman maksimum adalah penjara seumur hidup,” kata seorang jurucakap mahkamah. – AFP