fbpx

Tune Protect bayar tuntutan banjir dalam 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tune Protect menyediakan proses mudah untuk tuntutan banjir.

PETALING JAYA – Tune Insurance Malaysia Berhad (Tune Protect) menjanjikan penyelesaian tuntutan dalam tempoh tiga hari buat pelanggannya yang dilanda banjir baru-baru ini.

Pemegang polisi yang terjejas tidak perlu membuat laporan polis atau mengemukakan sebarang dokumen bagi tuntutan banjir melibatkan kenderaan bermotor dan kediaman masing-masing.

Sebaliknya, sebaik kenderaan bermotor pelanggan dibawa ke mana-mana 300 bengkel panel Tune Protect di seluruh negara, bengkel berkenaan akan mengesahkan kerosakan dan mengendalikan proses tuntutan, manakala untuk harta benda yang rosak, penilaian di tapak akan dijalankan oleh penyelaras kerugian dengan kelulusan di tapak sehingga RM20,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect, Rohit Nambiar berkata, disebabkan keperluan mendesak dan situasi yang dihadapi mangsa ketika ini, bayaran tuntutan banjir akan diagihkan dalam tempoh tiga hari dan bukannya 10 hari bekerja seperti kebiasaan.

Rohit

“Kami faham bahawa tiada sebarang bantuan yang dapat menggantikan sepenuhnya kehilangan dan trauma yang dialami mangsa banjir, tetapi kami berharap proses pembayaran yang cepat akan membantu meringankan beban mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan yang terjejas boleh menghubungi talian tuntutan khusus Tune Protect Malaysia 24/7 dan e-mel dengan merujuk kepada saluran media sosial Tune Protect untuk panduan mengenai tuntutan.

Tune Protect juga menghubungi pelanggan melalui mesej pesanan ringkas dan e-mel untuk menasihati mereka tentang proses tuntutan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI