fbpx

Banjir: TMJ mahu agensi kerajaan siap siaga sepanjang masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TMJ mahu agensi kerajaan siap siaga sepanjang masa

JOHOR BAHRU – Agensi kerajaan negeri ini diminta untuk memastikan kesemua jentera dan kelengkapan berada pada tahap siap siaga dan bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, hari ini.

“Saya telah menerima laporan ramalan cuaca dan status aras air di beberapa sungai di Johor.

“Saya telah menitahkan semua pegawai daerah dan agensi di Johor untuk memastikan semua jentera, peralatan dan persiapan rapi dibuat serta bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.

“Semua agensi kerajaan hendaklah sentiasa memantau situasi terkini sepanjang masa untuk memastikan Johor bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” titahnya.

Terdahulu, enam negeri di semenanjung Malaysia terjejas akibat banjir ekoran fenomena Lekukan Tropika yang menyebabkan taburan hujan tinggi.

Enam negeri tersebut adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut bertitah agar agensi berkenaan memaklumkan kepada rakyat maklumat semasa dengan segera jika apa-apa berlaku.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis menasihati rakyat negeri agar berhati-hati dengan perubahan cuaca yang boleh menyebabkan banjir ketika musim tengkujuh ini.

Beliau dilaporkan berkata situasi banjir yang berlaku khususnya di Selangor seharusnya dijadikan peringatan buat semua khususnya yang berada di lokasi jarang banjir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI