fbpx

Pembiayaan digital bantu PMKS terjejas banjir besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif AFJETS Sdn. Bhd., Amrul Nizar Anuar (tengah) menerima replika cek pembiayaan digital PMKS daripada Suriani (dua dari kiri) sambil disaksikan Rizal (kiri) pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – SME Corp. Malaysia (SME Corp) melancarkan Program Pembiayaan Digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melibatkan dana berjumlah RM10 juta yang disasarkan dapat membantu kumpulan tersebut yang terjejas akibat banjir besar di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy berkata, program rintis tersebut dilaksanakan dengan kerjasama pengendali pembiayaan rakan setara yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, iaitu microLEAP.

MicroLEAP dilantik untuk ­menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek menggunakan platform digital sepenuhnya.

Menurut Rizal, pembiayaan patuh syariah itu menyediakan dana antara RM50,000 hingga RM500,000 pada kadar faedah tetap dua peratus setahun sehingga tempoh tiga tahun bagi tujuan modal kerja dan aktiviti peningkatan keupayaan perniagaan.

“Bagi pinjaman bertujuan me­ningkatkan kapasiti perniagaan seperti melibatkan pembelian mesin dan permohonan pensijilan pula, SME Corp akan mempertimbangkan supaya baki pinjaman sehingga 50 peratus ditukarkan kepada geran pada­nan bagi pe­minjam yang berdi­siplin membuat pembayaran balik.

“Selepas dibuka pada 3 November lalu, program yang terbuka kepada semua PMKS ini telah mendapat sambutan baik dan sehingga kini kira-kira 32 syarikat telah mendapat kelulusan.

“Saya menyeru semua PMKS yang memerlukan bantuan, termasuk yang terjejas akibat banjir membuat permohonan kerana dana yang disediakan adalah secara berputar, yang mana apabila syarikat penerima membayar baik pinjaman, kami boleh mengeluarkan pinjaman baharu.

“Kami akan meneliti prestasi program ini dan sekiranya ia didapati benar-benar berkesan dalam membantu PMKS, SME Corp. akan mempertimbangkan untuk menyuntik dana baharu ke dalam program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Penutup Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Pelancaran Program Pembiayaan Digital PMKS di sini semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI