TERKEJUT Mizz Lahar apabila nama penyanyi muda, Iman Troye tiba-tiba menjadi sebutan dalam Twitter selepas konsert mingguan Gegar Vaganza musim kelapan selesai bersiaran Ahad lalu.
Hasil risikan, rupa-rupanya kerana ramai meluahkan rasa tidak puas hati apabila nama Iman diumumkan akan berduet dengan Aliff Aziz.
Mereka akan membawa lagu Belenggu Rindu nyanyian asal Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah pada persembahan Ahad ini.
Ramai yang kurang berpuas hati dan mempersoalkan kemampuan Iman untuk menyanyikan lagu tersebut.
“Kenapa Iman dengan Aliff? Ramai lagi artis lain,” komen seorang netizen.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat tidak sepatutnya membanding atau mempersoalkan bakat pelantun Teman itu.
“Berhentilah bercakap Iman tidak berbakat. Dia okey sahaja,” bidas seorang netizen.
Bagi Mizz Lahar, lebih baik lihat dahulu persembahannya sebelum mengeluarkan sebarang komen yang negatif. Kita tunggu okey!
MIZZ LAHAR: Dengar-dengar ramai tidak puas hati apabila pihak Astro masih mengekalkan Upiak Isil dalam GV8.