fbpx

Sarri mahu bawa Kepa ke Lazio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARRIZABALAGA dilaporkan bakal diumumkan sebagai pemain Napoli dalam tempoh terdekat apabila rundingan kini berada di fasa terakhir. - AFP

ROM – Ketua Jurulatih Lazio, Maurizio Sarri dilaporkan mahu mendapatkan semula khidmat bekas pemainnya di Chelsea sebelum ini, Kepa Arrizabalaga.

Ketika kedua-duanya bersama Chelsea pada musim 2018/19, hubungannya tidak begitu baik apabila mereka bertelagah pada aksi final Piala Liga England menentang Manchester City apabila Arrizabalaga enggan dikeluarkan.

Bagaimanapun, Sarri seakan sudah melupakan insiden ber­kenaan dan mahu mendapatkan khidmat bekas pemainnya itu yang ketika ini berdepan masa depan tidak menentu di Stamford Bridge apabila kehilangan posisi penjaga gol nombor satu pasukan itu.

Lazio ketika ini hanya memiliki dua penjaga gol, Pepe Reina yang bakal memasuki usia 40 tahun dan Thomas Strakosha selain masing-masing akan mengakhiri kontrak pada 2022.

Sarri dilaporkan merancang untuk mendapatkan khidmat Arrizabalaga sebagai pemain pinjaman terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mendapatkannya secara kekal atau mencari pilihan yang lebih murah.

Musim ini menyaksikan Arrizabalaga hanya membuat lima penampilan dalam semua pertandingan dan hanya sekali diturunkan untuk mengawal gawang Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mungkin sulit untuk membuat keputusan melepaskan Arrizabalaga ketika pasukannya masih lagi bersaing dalam tiga kejohanan untuk musim ini.

Namun, kelab itu turut memiliki seorang lagi penjaga gol berpengalaman, Marcus Bettinelli yang mampu berada di belakang Eduoard Mendy sekali gus menyaksikan peluang Arrizabalaga ke Lazio tetap ada. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI