fbpx

‘Banjir Allah murka tapi akibat tangan manusia juga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IWAN berkata, kembalilah kepada perintah Allah dan sunnah Rasulullah demi mendapatkan kehidupan yang berkat.

PETALING JAYA – Raja Dangdut Malaysia yang kini bergelar seorang pendakwah, Iwan Syahman memandang serius dakwaan segelintir pihak fanatik agama mengatakan bencana banjir yang dihadapi rakyat Malaysia terutama di Lembah Klang sebagai balasan daripada Allah.

Kata Iwan atau nama lengkapnya, Wan Syahman Wan Yunus, apa yang berlaku merupakan ujian Ilahi namun turut berpunca daripada manusia itu sendiri.

“Setiap apa yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya. Setiap apa yang terjadi juga memang ujian daripada Allah SWT.

“Tapi, jangan kita lupa dan alpa bahawa, setiap apa yang terjadi juga berpunca daripada tangan-tangan kita (manusia) itu sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Iwan, 60, yang cukup dikenali menerusi lagu Yang Sedang-sedang Saja ditemui pada majlis pernikahan anaknya, Oktovia Manrose malam tadi di ibu negara.

Ujar Iwan, sebagai orang muslim, adalah penting untuk manusia melakukan perintah Allah dan meninggalkan perkara dilarang-Nya demi mendapat keberkatan hidup.

“Sebenarnya, untuk mendapatkan keberkatan dan menjauhkan kemurkaan Allah, kita kena berpegang teguh dengan ajaran agama.

“Nak capai apa-apa kejayaan dan hilangkan segala bentuk bencana, kita perlu berbalik kepada perintah Allah dan sunnah Rasullullah. Tanya diri adakah kita jaga hubungan sesama makhluk.

“Hal ini kerana, kalau buat dosa dengan Allah, Dia Maha Pengampun. Kalau dosa dengan makhluk, sampai kiamat kita kena cari dan memohon ampun,” ujar Iwan.

Terdahulu menerusi laman sosial, terdapat segelintir golongan fanatik agama yang sewenang-wenangnya menyalahkan bencana banjir yang berlaku adalah disebabkan kelalaian manusia mengikut ajaran agama dengan tertib dan bergelumang dengan maksiat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI