LIPIS – Tiga naskhah surah Yasin dan karpet alas sembahyang yang disimpan di atas meja sebelum kejadian banjir di sebuah sekolah menengah di bandar Kuala Lipis masih ‘terpelihara’ dan kelihatan sempurna.
Naskhah Yasin dan karpet alas sembahyang yang ditemui di sebuah bilik kakitangan sekolah ketika kerja-kerja pembersihan hari ini juga masih bersih dan tidak dicemari oleh lumpur yang memenuhi kawasan sekitar bilik.
Berdasarkan laman sosial Facebook Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Wangsa, Lipis naskhah Yasin masih kelihatan sempurna di dalam sebuah bekas atas meja milik kakitangan sekolah tersebut.
“Yang menghairankan tiga naskhah surah Yasin berkenaan tidak dilekati (cemar) dengan lumpur banjir, kering walaupun menyaksikan peralatan lain yang ada di bilik sekolah tersebut dipenuhi lumpur dan rosak,”katanya.
Dalam pada itu pelbagai komen dan reaksi orang ramai terhadap kejadian itu yang menyatakan mengenai kebesaran Allah yang ditunjukkan dalam musibah yang melanda.
“Dalam lumpur banjir dan peralatan yang tenggelam air banjir, Dia tetap memelihara perkara-perkara yang dikehendaki-Nya.
“Kejaiban pada kita makhluk yang tidak punya apa-apa menyaksikan kehebatan Allah dalam keadaan yang tidak tercapai akal memikirkannya, subhanallah,”kata satu komen.-K! ONLINE