fbpx

PRK Kempas tidak perlu diadakan – Speaker Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas tidak perlu diadakan ekoran pemergian penyandangnya, Datuk Osman Sapian.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat berkata, hal itu kerana kekosongan DUN berkenaan berlaku selepas tiga tahun Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu iaitu pada 2018.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Osman Sapian. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

“Kekosongan telah berlaku di DUN Kempas. Oleh kerana telah lebih tiga tahun daripada PRU lepas dan tiada isu majoriti DUN Johor dengan kelebihan satu kerusi di pihak kerajaan maka mengikut fasal 23(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, tiada PRK di Kempas,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Suhaizan yang sedang mengerjakan ibadah umrah ketika ini turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Osman.

Bekas Menteri Besar Johor itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.45 malam tadi.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI