fbpx

Lelaki mengaku tidak bersalah tikam ibu guna keris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wafiuddin ketika dibawa ke Mahkamah Kangar hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan ibunya menggunakan keris hiasan pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Mohd. Wafiuddin Mazelan, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya berusia 60 tahun dengan sebilah keris pada pukul 10.15 pagi, Jumaat lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi dan Nurul Atikah Ab. Rashid sementara tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd. Hakim Hamran dan Nur Iman Nor Azmi.

Kamaliza kemudian mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan kesihatan mental. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI