fbpx

LZNK hantar 24,000 kampit beras ke negeri terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria memberi makanan kepada ikan puyu pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Puyu Hibrid di Kampung Padang Lumat, Yan hari ini.

YAN – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan menghantar sebanyak 24,000 kampit beras bernilai RM284,000 untuk disumbangan kepada penduduk di beberapa negeri yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Othman berkata, sebanyak empat buah treler disediakan untuk menghantar bantuan beras tersebut di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pahang.

Kata beliau, Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat melancarkan konvoi menghantar bantuan tersebut di Stadium Darul Aman di sini pada pukul 2 petang esok.

“Dua daripada empat treler akan membawa beras tersebut ke Selangor, sebuah treler ke Wilayah Persekutuan dan sebuah treler lagi ke Pahang.

“Kita (Kedah) sebagai negeri pengeluar beras jadi kita beri sumbangan dalam bentuk beras,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Benih Ikan Puyu Hibrid di Kampung Padang Lumat di sini hari ini.

Selain itu, konvoi itu juga akan disertai Klinik Bergerak LZNK yang dilengkapi dengan bekalan ubat serta peralatan pemeriksaan kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI