fbpx

Rancang cuti agar tidak kelam-kabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERCUTI bersama keluarga ke lokasi tumpuan seperti kawasan pantai yang mendamaikan sudah tentu menjadi memori terindah sepanjang hayat.

SETIAP orang mempunyai tempat percutian impian sama ada di dalam mahupun luar negara yang mana lokasi tersebut memiliki tarikan tersendiri seperti pantai, keindahan alam semula jadi dan juga makanan enak.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baharu.

Pastinya ramai tidak sabar untuk pergi melancong pada tahun 2022 setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk bercuti di lokasi impian.

Melancong ke destinasi idaman itu merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu, apatah lagi rancangan tersebut beberapa kali terpaksa dibatalkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan juga keadaan cuaca tidak menentu pada ketika ini.

Anda memerlukan perancangan rapi untuk merealisasikan percutian impian itu kerana jika dilakukan tergesa-gesa, dikhuatiri akan kecewa dan tidak menikmatinya seperti dihajati.

Berikut Horizon memberikan beberapa tip bagi melancarkan percutian impian agar anda dapat bercuti dengan seronok dan menjadikannya kenangan terindah dalam hidup.

1. Maklumat destinasi

Adalah penting membuat pembacaan lanjut mengenai sesuatu tempat yang anda bakal kunjungi kerana ia membantu dalam merangka dan membuat perancangan untuk percutian itu.

Maklumat tersebut penting bagi memilih tarikh sesuai, membuat anggaran kos, jenis pengangkutan yang bakal digunakan, penginapan, aktiviti dan sebagainya.

Berdasarkan maklumat tersebut, anda boleh belajar perkara-perkara asas mengenai lokasi percutian itu seperti bahasa dan budaya masyarakat setempat agar dapat mencipta keseronokan maksimum.

PERANCANGAN awal menjadikan percutian anda berjalan lancar dan menjadi momen terindah dalam hidup.

2. Perancangan

Selepas mengumpul semua maklumat, anda boleh merangka pelan percutian seperti tarikh, kenderaan yang akan digunakan, bilangan hari serta bajet diperlukan.

Pemilihan tarikh tidak boleh dipandang ringan, seeloknya di luar cuti persekolahan atau cuti umum.

Ia bagi mengelakkan tempat itu menjadi terlalu sesak sehingga menyukarkan pergerakan serta mengganggu mood anda.
Selain itu, buat tempahan awal terutama tempat penginapan dan tiket kapal terbang bagi mengelakkan harga melambung pada saat-saat akhir.

3. Kira kos atau bajet

Apabila segalanya telah dirancang, cuba buat kiraan bajet untuk keseluruhan kos percutian.

Sekiranya ia menelan perbelanjaan tinggi, jangan risau kerana anda boleh mula pergi ke lokasi impian dengan memulakan tabungan.

Disiplinkan diri untuk membuat tabungan khas percutian sehingga mencukupi jumlah diperlukan agar impian itu dapat ditunaikan tanpa membebankan kewangan anda.

SENTIASA pastikan anak-anak sentiasa berada di samping anda ketika bercuti bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

4. Keselamatan

Walaupun seronok bercuti, tetapi jangan sesekali mengabaikan aspek keselamatan, terutamanya jika membawa anak-anak kecil bersama kerana malang tidak berbau.

Sentiasa awasi pergerakan mereka dan jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran perkhidmatan yang ditawarkan, sebaiknya selidik terlebih dahulu bagi mengelakkan anda ditipu.

5. Persediaan fizikal, mental

Ramai orang terlepas pandang mengenai persediaan fizikal dan mental kerana mereka beranggapan, percutian sepatutnya dilalui dengan momen yang menggembirakan.

Namun, tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan.

Justeru, kita memerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi menghadapi segala kemungkinan di tempat baharu, terutama perubahan cuaca serta jarak perjalanan jauh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI