fbpx

Dikecam tidak tahu maksud ‘banjir termenung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen wanita tersebut.

PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahu istilah banjir termenung, seorang pengguna media sosial menjadi bahan kecaman orang ramai.

Perkara tersebut berlaku apabila pengguna media sosial tersebut mempersoalkan penggunaan istilah banjir termenung yang digunakan oleh sebuah portal berita.

Di dalam komen yang ditulis, wanita berkenaan dilihat meninggalkan emoji ketawa dan meminta pentadbir portal tersebut membancuh kopi sebelum menaip berita.

“What?? (Apa?), banjir termenung?.

“Min (admin) kot ya pun pergilah bancuh kopi dulu sebelum menaip berita,” katanya.

Komen wanita tersebut kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang meminta agar dia bertanya dahulu sebelum mempertikaikan sesuatu.

“Buat yang baru nak kenal banjir, banjir termenung itu maksudnya air bertahan dan lambat surut. Istilah itu memang dah lama wujud,” kata Suhaida.

“Ego betul, dah tahu hingusan, tanyalah dulu apa maksudnya. Ini tidak, terus nak gelakkan orang, ilmu cetek ke laut,” kata Faiz.

“Walaupun aku tak pernah ada pengalaman hadapi banjir, aku tahu apa maksud air termenung, banjir termenung. Kalau tak tahu, sepatutnya tanya,” kata Eizra.

“Baru lahir kot dia ini, bersangka baik,” kata Yiew.

Terdahulu, media melaporkan beberapa sukarelawan dari badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang ingin menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan perumahan Bandar Seri Ehsan, Banting, Selangor berhadapan kesukaran berikutan jalan utama memasuki kawasan perumahan itu masih ditenggelami air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI