fbpx

Kemunculan 50 ikan lumba-lumba bukan petanda bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENEMUAN 50 ekor ikan lumba-lumba di perairan dekat Jeti Nelayan Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini kelmarin.

GEORGE TOWN – Kehadiran sekumpulan kira-kira 50 ekor ikan lumba-lumba di perairan berdekatan Jeti Teluk Kumbar dekat sini kelmarin didakwa bukan petanda akan berlakunya kejadian ombak besar atau tsunami yang pernah berlaku di negeri ini kira-kira 17 tahun.

Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Aileen Tan berkata, pihaknya menolak dakwaan kehadiran hidupan laut yang dilindungi di perairan negeri ini merupakan isyarat bencana sebaliknya adalah normal bagi penemuan spesis itu setiap hujung tahun.

Mengulas lanjut katanya, ketika ini adalah musim ikan lumba-lumba bermigrasi mencari sumber makanan.

“Setiap penghujung tahun hingga awal tahun, penemuan ikan lumba-lumba adalah lebih kerap. Masa ini juga adalah musim migrasi untuk ikan tuna dan kembung.

“Rasanya bukan (petanda tsunami) kerana setiap tahun masa yang sama kekerapan penemuan ikan lumba-lumba adalah lebih tinggi. Kebetulan tiupan angin juga berlaku berdekatan pada dua tiga hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kelmarin, Kosmo! Online melaporkan sekumpulan terdiri tiga nelayan pantai tergamam sebaik terserempak dengan kira-kira 50 ekor ikan lumba-lumba berhadapan dengan Jeti Nelayan Teluk Kumbar.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI