fbpx

38,810 mangsa banjir di Pahang, Temerloh rekod peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir sekitar Pahang baru-baru ini.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini merekodkan sedikit penurunan kepada 38,810 orang berbanding 41,455 orang mangsa yang direkodkan semalam.

Bagaimanapun daerah Temerloh yang menyaksikan bandar Mentakab dan Temerloh ‘tenggelam’ menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 10,806 orang berbanding 9,543 orang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, daripada jumlah itu Kuantan masih merekodkan jumlah tertinggi seramai 16,334 mangsa diikuti Temerloh sebanyak 10,806 mangsa.

“Lipis merekodkan 1,591 mangsa, Jerantut (1,823), Raub (714), Pekan, (1,282), Bentong (3,732) Bera (1,930) dan Maran (598).

“Kesemua mangsa daripada 11,266 keluarga ini ditempatkan di 285 pusat pemindahan sementara (PMS) yang dibuka di seluruh negeri,”katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pada masa ini sebanyak 40 jalan di seluruh negeri ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air.

Katanya, daripada jumlah itu Jerantut merekodkan jumlah jalan ditutup tertinggi iaitu sebanyak 11 jalan diikuti Kuantan sebanyak sembilan jalan.

Sebanyak lapan jalan ditutup di Jerantut, lima jalan di Kuantan, masing-masing tiga jalan di Raub dan Maran serta masing-masing dua jalan di Bentong dan Lipis.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI