fbpx

Boleh makan selagi tidak melibatkan haiwan sembelihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli melawat Gurdwara Sahib di Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan tidak menjadi masalah untuk orang islam memakan hidangan yang disediakan oleh individu bukan muslim.

Beliau dalam hantaran di Twitter berkata, hidangan tersebut boleh dimakan selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan.

“Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan oleh individu bukan Muslim yang bukan ahli kitab selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka.

“Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. Semoga tuhan merahmati anda semua.

“Hal ini terpakai dalam isu agihan bantuan atau rumah terbuka yang sudah pasti saudara kita yang berlainan agama majoritinya faham konsep halal. Adapun bagi kedai makan, carilah yang ada logo halal Jakim,” ciapnya semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dibangkitkan oleh sesetengah pihak mengenai makanan yang dimasak oleh individu bukan Islam untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

Dalam hantaran terkini, Zulkifli turut berkongsi beliau sempat melawat sebuah rumah ibadat Sikh di Petaling Jaya yang sedang giat menyediakan pek makanan untuk mangsa-mangsa banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI