fbpx

Amaran cuaca buruk di tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang, Johor dah Sabah tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman Facebook berkata, antara kawasan yang terlibat di negeri Pahang adalah Rompin manakala di Johor melibatkan kawasan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Tambah MetMalaysia, amaran yang sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

“Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seramai 39,562 mangsa banjir daripada 11,629 keluarga yang direkodkan di negeri Pahang setakat pukul 11.40 pagi tadi dan kini mereka ditempatkan di 287 pusat pemindahan sementara (PPS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI