fbpx

Rais Yatim dilantik Speaker Dewan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rais dilantik Speaker Dewan Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr. Rais Yatim dilantik menjadi Speaker Dewan Negara hari ini setelah menerima undi majoriti daripada ahli-ahli Dewan Negara.

Pelantikan itu dibuat selepas Rais Yatim mendapat 45 undian, mengatasi seorang lagi calon, Yusmadi Yusoff yang mendapat 19 undian dengan seorang anggota Dewan Negara tidak hadir.

Rais Yatim yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perlantikan itu diumum oleh Timbalan Speaker, Datuk Seri Abd. Halim Abd. Samad.

“Menurut Peraturan Mesyuarat 2(3), saya dengan ini memasyhurkan bahawa Senator Rais Yatim dipilih menjadi Yang Di-pertuan Dewan Negara,” menurutnya.

Terdahulu Senator Nga Hock Cheh yang mewakili DAP dan Senator Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid daripada PKR membantah pencalonan Rais dengan menyatakan Tan Sri Muhyiddin tidak layak membuat pencalonan memandangkan beliau bukan ahli Dewan Negara.

Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Takiyuddin Hassan berkata, Muhyiddin merupakan ketua majlis yang berhak memanggil persidangan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, justeru layak untuk membuat pencalonan, meskipun tidak layak mengundi.

“Sekiranya ketua majlis iaitu Perdana Menteri dikatakan tiada hak, persoalannya adakah persidangan ini sah kerana ia dipanggil oleh Perdana Menteri selaku ketua majlis yang ada hak di sisi undang-undang dan majlis?” ujar Takiyuddin.

Rais mengangkat sumpah menggantikan jawatan yang dikosongkan penyandang terdahulu, Tan Sri S. Vigneswaran.

Selain Rais dan Yusmadi, nama lain yang dicalonkan ialah Theodore Douglas Lind namun beliau menarik diri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI