PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Lebuh Raya Karak Kuala Lumpur (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) masih lagi ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir.
Menurut kenyataan LPT di laman Facebook rasminya, sehingga pukul 10 pagi tadi beberapa kawasan di LPT1 dan KLK masih ditenggelami banjir dan lumpur
Bagi KLK, kawasan yang terjejas adalah adalah di Kilometer (KM) 66.7-KM79.5 (Bentong-Karak) akibat banjir dan kedua-dua laluan lebuh raya itu ditutup.
Sementara itu, LPT1 antara kawasan yang terjejas dengan banjir adalah di KM79.5- KM136.9 (Karak – Chenor) yang mengalami banjir lumpur dan laluan itu ditutup semua jenis kenderaan. -K! ONLINE