fbpx

Ramai lelaki potong rambut pendek elak dituduh curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kisah curang seorang suami yang tular baru-baru masih lagi hangat dibualkan oleh orang ramai di media sosial sehingga pelbagai reaksi lucu turut dipaparkan.

Sebelum ini, gaya rambut sikat tepi menjadi topik utama disembang oleh pengguna apabila gaya tersebut dikutuk kerana ramai yang mengenakan fesyen itu dituduh curang dan tidak setia.

Terbaharu, ramai kaum lelaki dilihat mula menggayakan potongan rambut yang lebih pendek dan ada yang membotak bagi mengelak daripada dituduh curang.

Rata-rata orang ramai berkongsi gambar mereka dan ada yang memuat naik gambar pasangan masing-masing disertakan dengan pelbagai kapsyen menarik.

Ada juga suami-suami dan si bujang telah mengubah gaya rambut dari belah tepi dengan membotakkan kepala dan memotong rambut pendek.

“Suamiku botak, bukan lelaki curang ‘ikat tepi’,” kata Rohana Sambri.

“Maaf saya bukan dia, rambut sama sikat tepi tapi saya pendek lagi,” kata Aziz Mohd.

“Lega saya, suami dah potong rambut pendek, katanya takut dituduh curang, saya sayang suami saya,” kata Noor Hidayah.

Seorang lagi suami yang menggunakan nama Ilham menyatakan sudah tukar fesyen rambut belah tepi dengan pendek saja bagi elak dilabel curang.

“Tambah lah orang lelaki dua tiga hari ini jangan sikat tepi nanti kena kecam, “, ujarnya- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI