fbpx

Cuaca bertambah baik di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan dijangka akan bertambah baik.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan Lekukan Tropika di sekitar utara Semenanjung telah melemah dan diramal akan lenyap sepenuhnya.

“Sehubungan itu, amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 6.45 pagi, hari ini untuk negeri-negeri berkenaan tamat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca serta laman media sosial rasmi jabatan.” katanya. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI