fbpx

Foto peribadi tersebar, IG Joy digodam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOY bersama kekasihnya, Crush.

AKAUN Instagram rasmi penyanyi daripada kumpulan Red Velvet iaitu Joy dikhuatiri digodam kerana beberapa gambar peribadinya tersebar dalam internet.

Kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu apabila ada yang mendapati gambar-gambar peribadi penyanyi itu dimuat naik dalam akaun Facebook peminat.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan gambar Joy bersama kekasihnya, Crush.

Pun begitu, peminat tidak dapat memastikan siapakah penggodam yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut mahupun tujuan mereka berbuat demikian.

Ramai peminat mempertahankan privasi penyanyi itu dan meminta pengendali akaun tersebut memadam semua gambar yang dimuat naik.

Akan tetapi, ramai yang menarik nafas lega kerana perkongsian tersebut tidak mencetuskan sebarang kontroversi yang besar kerana penggodam cuma memuat naik foto swafoto dan tangan mereka.

Ini bukan kali pertama akaun media sosial artis K-pop digodam. Sebelum ini, ramai yang pernah menjadi mangsa antaranya Lee-teuk, iKON dan BTS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI