fbpx

PCCS jual segmen pembungkusan dengan nilai RM8.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  PCCS Group Bhd (PCCS) melalui pemegang taruh utamanya, CCSB Sdn. Bhd., bercadang  menjual anak syarikat, Mega Label (Malaysia) Sdn. Bhd. (MLMSB) dan Mega Label (Penang) Sdn. Bhd. (MLPSB) dengan nilai sebanyak RM8.5 juta.

Pengarah Urusan PCCS, David Chan Wee Kiang, penjualan tersebut akan memberi pulangan one-off sebanyak RM6.26 juta dan ini akan meningkatkan kadar tunai PCCS kepada RM38 juta sebaik pemilikan tersebut dimuktamadkan.

“Sementara Pengurusan PCCS sedang berusaha ke arah merancakkan lagi pertumbuhan perniagaan dalam pelabelan dan pembungkusan tetapi perniagaan ini tidak memberi pendapatan tambahan kepada Kumpulan malah memerlukan tambahan pengembangan modal.

“Ini akan menyebabkan kedudukan tunai dan keuntungan PCCS terjejas untuk beberapa tahun akan datang.

“Sehubungan itu,  kami perlu menjual perniagaan pembungkusan,” katanya dalam kenyataam.

Selain itu, Wee Kiang menjelaskan, menuju kehadapan, pihaknya mengunjurkan keuntungan yang lebih baik bagi PCCS yang akan diterajui oleh segmen pakaian dan juga segmen baharunya iaitu sewa beli.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI