fbpx

Aksi EPL diteruskan mengikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN EPL akan diteruskan mengikut jadual yang dirancang selepas mendapat keputusan sebulat suara daripada semua wakil pasukan. – AFP

LONDON – Penganjur Liga Perdana Inggeris meminta setiap kelab menurunkan pemain remaja sekiranya perlu bagi memastikan perlawanan dapat diteruskan mengikut jadual.

Keputusan itu dibuat selepas satu pertemuan tergempar membabitkan kesemua wakil 20 pasukan bertanding bagi membincangkan hala tuju saingan ketika kekalutan berlaku akibat penularan pandemik Covid-19.

Penganjur membuat ketetapan secara jelas apabila penangguhan perlawanan tidak dibenarkan jika pasukan bertanding masih memiliki 14 pemain termasuk seorang penjaga gol.

Sekiranya jumlah itu gagal dipenuhi oleh skuad utama, kelab perlu menggunakan pemain daripada pasukan bawah 21 tahun.

Dalam perkembangan lain, Liga Perdana Inggeris juga mendedahkan 16 peratus daripada pemain utama di saingan itu masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Sebelum ini, EPL telah mengeluarkan kenyataan bahawa kini 84 peratus pemain sudah pun menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos.

“Mesyuarat ini dapat sahkan keputusan kolektif dibuat untuk meneruskan jadual sedia ada sekiranya didapati selamat.

“Kami akan terus memantau dan meneruskannya de­ngan lebih berhati-hati. Kita juga mengesahkan 92 peratus pemain dan kakitangan kelab sudah pun terima satu, dua ataupun tiga dos vaksin,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, 90 kes positif dikesan daripada 12,345 ujian yang dijalankan terhadap mereka yang terlibat dalam saingan EPL pada 13 hingga 19 Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI