fbpx

‘Berlakon’ hamil demi seludup makanan ke dalam panggung wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita pura-pura hamil dengan menyembunyikan makanan di sebalik bajunya. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia sanggup berpura-pura hamil demi menyembunyikan tindakannya yang membawa masuk snek makanan dari luar ke dalam panggung wayang, lapor laman berita Suara.com semalam.

Insiden itu dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram @tiktokteutik. Menerusi perkongsian tersebut, seorang wanita dilihat memakai sepasang pakaian berwarna hitam yang longgar bagi menyamar sebagai wanita hamil.

Dia kemudian mengusap-usap perutnya yang besar sehingga berjaya masuk ke dalam panggung wayang.

Sebaik sahaja berada di bahagian dalam panggung wayang, wanita itu kelihatan mengeluarkan sebuah beg plastik besar dari bawah bajunya yang berisi snek makanan.

“Jangan kerana trend ini, ramai wanita hamil yang masuk ke dalam panggung wayang,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama video itu.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Selepas dia (wanita itu) keluar, tanyakan padanya di mana bayinya, adakah tertinggal di dalam?” komen seorang netizen.

“Jangan sampai trend ini menyebabkan wanita yang benar-benar hamil dilarang daripada memasuki panggung wayang,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI