fbpx

Mangsa banjir ganti LKM, lesen memandu rosak secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan memberi kelonggaran kepada semua mangsa banjir untuk menggantikan dokumen yang rosak akibat bencana alam tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memaklumkan bahawa, agensi itu akan menggantikan secara percuma segala dokumen berkenaan bagi meringankan beban mangsa.

“Ini meliputi lesen memandu, lesen kenderaan motor atau pun biasa disebut sebagai cukai jalan dan geran sijil pemilikan kenderaan sementara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengangkutan dan Logistik Antarabangsa Kuala Lumpur 2021 yang julung kali diadakan dan menyampaikan hadiah pemenang.

Menjelaskan lanjut, beliau meminta mangsa terbabit tampil membuat laporan kes kehilangan atau kerosakan dokumen terbabit di mana-mana balai polis yang berhampiran terlebih dahulu.

Bagaimanapun, mereka tidak perlu tergesa-gesa hadir ke pejabat cawangan JPJ dan beliau mengarahkan agensi itu memberikan tempoh sewajarnya supaya tidak berlaku kesesakan teruk.

Langkah itu untuk membolehkan mangsa banjir dapat menumpukan usaha kepada kerja-kerja pembersihan kediaman masing-masing yang lebih utama selepas mengharungi situasi sukar.

“Saya minta pihak JPJ supaya ada tempoh masa yang cukup, malah boleh letak unit bergerak di kawasan terjejas banjir bagi memudahkan urusan tanpa perlu pergi ke cawangan,” katanya.

Mengulas mengenai isu kerugian pemilik kenderaan yang tidak dilindungi oleh agensi insurans, Ka Siong berkata, perkara tersebut boleh dibincangkan menerusi sesi libat urus pelbagai pihak.

Bagaimanapun, ia bukan pula di bawah bidang kuasa kementeriannya, namun beliau berharap pihak insurans wajar memberikan pertimbangan atau tawaran tertentu bagi membantu mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI