fbpx

Sukarelawan, andalah hero Malaysia – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar ciapan Neelofa yang menggelar sukarelawan banjir sebagai hero Malaysia.

PETALING JAYA – Sejak bencana banjir menduga rakyat Malaysia khususnya di beberapa negeri di Semenanjung, muncul jutaan sukarelawan yang hadir menghulurkan sumbangan tenaga dan masa bagi membantu mangsa bencana alam tersebut.

Kehadiran mereka boleh diibaratkan sebagai hero Malaysia yang hadir tanpa diduga bagi misi menyelamat dan pasca banjir di beberapa lokasi seluruh negara terutama di Taman Sri Muda, Shah Alam dan daerah Hulu Langat.

Begitulah gelaran yang diberikan oleh selebriti berniqab popular, Neelofa terhadap golongan sukarelawan yang kini aktif membantu mangsa banjir di lokasi bencana.

“Buat mereka yang ketika ini masih membantu secara sukarelawan, terima kasih dan jaga keselamatan diri anda.

“Andalah hero Malaysia,” ciapnya yang juga antara selebriti tanah air terawal menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.

Dalam pada itu, Neelofa turut memberitahu bantuan yang disalurkannya bakal diperluaskan ke negeri-negeri lain yang terkesan akibat banjir sekiranya mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Insya-Allah dalam perancangan secara berperingkat bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa juga.

“Bantuan akan dilanjutkan sehingga ke pasca banjir seperti sumbangan barangan rumah dan tenaga kerja pembersihan,” ujar bekas pengacara program Next To Neelofa berkenaan.

Pada Sabtu, negara dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Antara kawasan yang paling terjejas ialah sekitar Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Mentakab, Pahang.

Sehingga kini, lebih jumlah kematian akibat banjir telah mencecah sebanyak 17 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI