JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan menyumbangkan RM100,000 untuk membantu mangsa banjir khususnya di negeri Selangor.
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Baginda yang juga merupakan Penasihat DiRaja BSMM bertitah bahawa sumbangan itu akan diagihkan secara terus kepada BSMM Selangor.
“Saya berharap dana ini akan disalurkan sebaiknya oleh BSMM Selangor untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
“Ramai yang tinggal sehelai sepinggang dan ramai lagi yang menanggung kerugian besar akibat bencana alam itu,” titahnya tadi. -K! ONLINE