fbpx

Sarat hamil, Ernie Zakri turun padang bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE menemani suaminya, Syamel menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Shah Alam, Selangor.

PETALING JAYA – Walaupun kini sedang sarat hamil tujuh bulan, tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri turun padang bagi sama-sama membantu masyarakat yang ditimpa musibah banjir.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, yang turut ditemani suaminya, Syamel berkongsi kegiatan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa buah lokasi terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.

“Terima kasih izinkan saya ikut kam, shurami (suami)! Pengalaman naik lori. Sampai bayi dalam perut bergerak-gerak gembira.

“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin,” katanya.

Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Ernie turut menzahirkan rasa hiba melihat situasi banjir yang melanda pada hari ini dan mendoakan semoga semua mangsa dapat diselamatkan dengan segera.

“Assalamualaikum semua. Sayu sangat bila baca berita tentang kejadian banjir. Saya tahu ramai sangat rakyat Malaysia yang turun padang membantu. Syukur alhamdulillah.

“Walaupun kita rasa duduk di rumah sahaja tidak membantu, tapi bila kita kongsikan apa-apa info tentang banjir (mangsa), itu sudah besar pahalanya,” luah Ernie.

Dalam pada itu, pelantun lagi Gundah itu sempat menitipkan nasihat dan pesan supaya orang ramai termasuk dalam kalangan sukarelawan supaya sentiasa menjaga diri memandangkan negara masih dalam situasi pandemik Covid-19.

“Saya doakan semoga segala utusan dipermudahkan terutama pada mereka yang turun padang (sukarelawan). Jaga diri sebab kita masih lagi dalam situasi Covid-19,” jelasnya.

Terdahulu, hujan lebat yang berlarutan selama dua hari pada awal minggu lalu mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI