fbpx

Elak cukai, pesohor media sosial China didenda RM884 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun penstriman Viya kini telah dipadam akibat daripada isu tersebut. - Getty

BEIJING – Seorang bintang penstriman secara langsung popular dari China dikenakan denda berjumlah 1.34 bilion yuan (RM884 juta) kerana mengelak daripada membayar cukai, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Huang Wei yang juga dikenali sebagai Viya merupakan seorang pesohor media sosial dengan mempunyai berjuta-juta pengikut dan menggunakan platform miliknya bagi menjual pelbagai jenis barangan.

Pihak berkuasa Hangzhou menuduh wanita itu menyembunyikan pendapatan peribadinya selain turut melakukan beberapa kesalahan kewangan lain antara 2019 dan 2020.

Viya menerusi satu hantaran di laman sosial Weibo membuat permohonan maaf bagi perkara itu.

“Saya dengan sepenuh hati menerima hukuman yang dibuat oleh pihak berkuasa cukai,” katanya pada hantaran tersebut.

Wanita berusia 36 tahun itu menjadi pesohor media sosial yang berpengaruh di China, didorong oleh perkembangan aktiviti beli-belah secara dalam talian.

Platform media sosialnya yang meluas menjadikan Viya tersenarai dalam senarai 100 tokoh paling berpengaruh oleh majalah Time bagi tahun ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI