fbpx

Jaga sensitiviti, jangan kongsi foto percutian – Linda Rafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINDA meluahkan kekesalan kerana ada pihak yang tidak menjaga sensitiviti dengan seronok berkongsi gambar percutian ketika ramai mangsa banjir sedang berdepan dugaan ketika ini.

PETALING JAYA – Penyanyi Linda Rafar meminta orang ramai terutama pengguna media sosial yang sedang bercuti dan melancong agar tidak memuat naik sebarang hantaran bagi menjaga sensitiviti pihak terjejas ekoran musibah banjir yang melanda.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abd. Rafar berharap mereka yang tidak terkesan dengan musibah banjir dapat menjaga hati mangsa yang terlibat pada saat negara sedang bergelut mengharungi ujian getir ini.

“Tolong janganlah post (kongsi hantaran) gambar makanan atau bercuti masa rakyat terseksa dengan keadaan banjir.

“Tak tolong tak apa, tapi tak perlulah nak tunjuk dalam media sosial ketika keadaan tengah kritikal! Tolonglah jaga hati ramai pihak yang tak makan dan terkesan,” luahnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menyokong apa yang dikatakan anggota kumpulan Elite itu.

“Betul sangat. Tak ada keprihatinan dan sensitiviti langsung puak-puak macam ini. Kata Keluarga Malaysia?

“Setuju sangat. Ada yang 24 jam tak makan dan masih tersadai dengan bayi dan warga emas yang uzur.

“Simpan dulu semua foto-foto dan kenangan terindah itu. Sekurang-kurangnya hormatlah perasaan orang lain yang sedang diuji,” tulis netizen.

Kosmo Online! hari ini melaporkan sebanyak 14 kematian direkodkan akibat musibah banjir yang melanda beberapa negeri sejak Jumaat lalu melibatkan Kelantan, Selangor, Pahang, Terengganu, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, sehingga tengah malam tadi, lebih 61,000 mangsa banjir melibatkan 13,000 keluarga ditempatkan di 407 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI