fbpx

Banjir: OKU ditemukan lemas berhampiran rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) turut menjadi korban banjir di Pahang apabila ditemukan lemas di dalam air banjir berhampiran rumah keluarganya di Kampung Kuala Semantan Cheroh di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, mayat mangsa, Ahmad Zaki Yaacob,55, ditemukan lemas oleh orang kampung berhampiran rumah keluarganya.

“Mayat mangsa yang merupakan OKU lembam ditemukan terlangkup di dalam air banjir berhampiran rumahnya dan telah dibawa ke balai polis Cheroh.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub dan ujian Covid-19 ke atas mayat mangsa mendapati negatif,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Kama Azural, mangsa merupakan OKU fizikal yang mempunyai masalah lembam sejak lahir dan tinggal bersama ibu bapanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI