fbpx

‘Pengembara masa’ dakwa Marikh bakal dijajah oleh China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mary menunjukkan foto dari planet Marikh pada tahun 3812. - The Sun

LONDON – Satu klip rakaman pelik memaparkan seorang wanita mengaku sebagai ‘pengembara masa’ dan mendakwa dia telah pergi ke Planet Marikh yang ketika itu berada pada tahun 3812, lapor akhbar The Sun semalam.

Wanita berusia 37 tahun yang hanya dikenali sebagai Mary itu mendakwa Marikh ketika itu dijajah oleh China dan dihuni oleh robot.

“Saya muncul di Marikh dan ia kelihatan seperti padang pasir dengan banyak bangunan. 

“Saya dengan segera merakam gambar. Marikh amat menarik namun dalam masa sama ia kelihatan amat menakutkan,” katanya.

Temu bual bersama Mary menjadi tular selepas ia dikongsi oleh saluran YouTube Apex TV.

Namun, itu bukan kali pertama peminat teori konspirasi sains fiksyen berkongsi tentang kisah seorang ‘pengembara masa’. 

Pada 2017, seorang kanak-kanak genius mengejutkan golongan profesor dengan kepintarannya dan mendakwa dia berasal dari Marikh dan ‘dilahirkan’ semula di Bumi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI