fbpx

43 kematian Covid-19 direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang Islam yang meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19 dikategorikan sebagai syahid akhirat.

PUTRAJAYA – Sebanyak 43 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 31,135 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,294 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang (10), Johor (6), Kedah (5), Kelantan (4), Sabah (4), Terengganu (4), Selangor (3), Pahang (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perlis (1), Kuala Lumpur (1) dan Putrajaya (1) serta tiada kematian di Perak, Sarawak dan Labuan.

Terdapat 52,218 kes aktif melibatkan 44,201 kes dikuarantin di rumah, 3,872 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,766 kes di hospital, 169 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 210 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,589 kes harian semalam dilaporkan di Selangor (380 kes), Johor (355 kes), Kedah (277 kes), Kelantan (249 kes), Terengganu (232 kes), Pulau Pinang (225 kes), Kuala Lumpur (186 kes), Pahang (168 kes), Sabah (122 kes), Perak (112 kes), Negeri Sembilan (101 kes), Melaka (82 kes), Sarawak (36 kes), Putrajaya (30 kes), Perlis (20 kes) dan Labuan (lapan kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI