PETALING JAYA – Seramai 68,368 mangsa banjir melibatkan 18,802 keluarga kini berada di 464 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui aplikasi dalam talian, Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 39,262 mangsa dipindahkan ke 280 PPS setakat pukul 9.30 pagi tadi.
“Negeri Selangor merekodkan jumlah mangsa banjir kedua tertinggi dengan jumlah seramai 24,175 mangsa daripada 6,837 keluarga dipindahkan ke 132 PPS di negeri tersebut.
“Di Kelantan pula mencatatkan seramai 3,408 mangsa banjir daripada 1,108 keluarga yang ditempatkan di 28 PPS manakala seramai 333 mangsa daripada 88 keluarga direkodkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Seramai 457 mangsa dari 109 keluarga dicatatkan di negeri Melaka dan 350 mangsa dari 85 keluarga di Negeri Sembilan,” katanya.
Sementara itu, negeri Perak dan Terengganu mencatatkan seramai 320 mangsa dari 92 keluarga dan 63 mangsa dari 13 keluarga. K!ONLINE.