fbpx

Banjir: 30 masjid, sekolah agama dan 60 surau terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar Seksyen 13 akibat banjir kilat sewaktu tinjauan di sekitar Shah Alam, Selangor semalam. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sebanyak 30 masjid, 60 surau dan 30 sekolah agama di Selangor mengalami kerosakan dan terjejas teruk akibat banjir sejak Jumaat lalu.

Kesemua institusi itu melibatkan enam daerah iaitu Klang, Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, banjir luar biasa sehingga kini antaranya mengakibatkan hampir keseluruhan karpet, kelengkapan elektrik, sejadah dan kitab rosak.

“Selain itu, perabot, siling dan bumbung masjid memerlukan kerja pembaikan supaya dapat segera kembali berfungsi.

“JAIS turut menjangkakan jumlah itu meningkat ekoran paras air di beberapa daerah dipercayai mula naik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Justeru, menurutnya, jawatankuasa khas JAIS ditubuhkan bagi menyelaras bantuan kepada mangsa banjir antaranya melibatkan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI