fbpx

Jenama Eye Mo sinonim dengan rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING Jaya – Combiphar, sebuah syarikat farmaseutikal yang dibangunkan di Indonesia tahun 1971 dan terkenal dengan produk Eye Mo, telah melancarkan kempen The Real Thing untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kehadiran semula produk itu di pasaran.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Operasi Antarabangsa, Weitarsa ​​​​Hendarto berkata, rangkaian produk Eye Mo tiada di pasaran dalam tempoh 2013 hingga tahun 2017 kerana masalah pembekalan pasaran di rantau Asia Tenggara.

“Eye Mo kini kembali dalam pasaran dan mahu meletakkan jenama sebagai produk yang sebenar, ia adalah jenama sebenar yang sudah sekian lama dikenali dan diingini oleh pengguna.

“Eye Mo sangat sinonim de­ngan ubat titis mata sehingga ramai pengguna menggunakan istilah Eye Mo untuk merujuk kepada ubat titis mata lain,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, syarikat memaklumkan, terdapat dua varian sedia adanya iaitu Eye Mo Re­gular yang direka untuk membantu menenangkan dan mele­gakan iritasi mata yang ringan atau rasa pedih pada mata yang disebabkan oleh asap dan habuk.

Eye Mo Moist pula adalah untuk melembap dan ­menyegarkan mata yang menjadi kering serta letih akibat membaca atau bekerja berjam-jam di hadapan komputer.

“Jenama ini terkenal kerana kemujarabannya dan dipercayai bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Filipina, Kemboja, Mexico dan juga Brunei,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI