fbpx

Dendam 9 tahun akhirnya terbalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Harimau Malaya, Mohamad Faisal Halim (kanan) mengawal bola sambil dikawal rapi pemain Indonesia, Rachmat Irianto pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020 di Stadium Nasional Singapura kelmarin. - AFP

INDONESIA melabel kejayaan menyingkirkan Malaysia daripada Piala AFF Suzuki 2020 sebagai pembalasan paling sempurna dalam sejarah bola sepak negara itu.

Kejayaan itu melunaskan dendam lama terhadap Harimau Malaya yang menyingkirkan Indonesia daripada Piala AFF Suzuki 2012 selepas me­raih kemenangan 2-0, juga pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Kekuatan mental yang dimiliki pemain muda jelas menjadi ‘senjata’ kepada Indonesia dan perkara itu turut diakui pengendali pasukan, Shin Tae-yong.

Jurulatih dari Korea Selatan itu juga sudah menjangkakan yang Malaysia akan terlebih dulu memperoleh jaringan, namun semangat juang pemainnya wajar mendapat pujian.

“Sebelum datang ke stadium, saya memberitahu pasukan yang kami tidak boleh berasa panik jika Malaysia terlebih dahulu berjaya menjaringkan gol. Pemain perlu bermain dengan penuh yakin.

“Saya juga tegaskan yang kami tidak boleh kalah dan perlu terus melawan. Saya gembira untuk melihat peningkatan pemain muda dari satu ke satu perlawanan,” kata Tae-yong.

Dalam aksi ‘hidup mati’ di Stadium Nasional Singapura kelmarin, skuad Garuda pamer kebangkitan untuk memastikan kemenangan 4-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI