fbpx

Rombak barisan kejurulatihan, lantik jurulatih import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pemain Indonesia sempat dirakam ketika meraikan jaringan kedua sang Garudah ketika menewaskan Harimau Malaya.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya menekan ‘butang panik’ susulan prestasi hambar yang dipamerkan skuad Harimau Malaya selepas tersingkir awal pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura ketika ini.

Penganalis sukan tempatan, Dr. Pekan Ramli percaya jalan penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan oleh badan induk bola sepak negara itu adalah merombak barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Tan Cheng Hoe.

PEKAN

Kata Pekan, FAM perlu me­lakukan post-mortem segera ke atas kemelut prestasi yang me­landa kem skuad Harimau Malaya selain berusaha mencari pendekatan berbeza dengan melantik pengendali import pada tahun depan.

“Sepatutnya saingan Piala AFF Suzuki menjadi medan buat pasukan negara menunjukkan kemampuan sebenar, tetapi sebaliknya berlaku apabila prestasi yang ditampilkan khususnya ketika bertemu Indonesia dan Vietnam cukup mendatar.

“Saya percaya penyokong bola sepak tidak kisah kalah, tetapi kualiti serta corak permainan yang ditampilkan agak hambar dan kita boleh lihat jurang perbezaan antara skuad Harimau Malaya dengan Indonesia serta Vietnam sangat ketara.

“Justeru, saya harap FAM segera menekan butang panik dengan mengambil pendekatan serius bagi membetulkan falsafah bola sepak negara kerana taktikal yang diterapkan oleh Cheng Hoe sudah ketinggalan zaman dan mudah dibaca.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan melantik jurulatih import seperti yang dilakukan oleh Vietnam dan Indonesia yang memilih acuan Korea Selatan ketika ini telah membuahkan hasil.

“Apa yang pasti, tindakan perlu segera dilakukan kerana skuad negara sudah kesuntukan masa kerana bakal mengharungi misi yang lebih penting pada kelayakan Piala Asia 2023 tahun depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

FAM sebelum ini meletakkan sasaran buat Cheng Hoe untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian edisi 2018 dengan melangkah ke pentas final kejohanan bola sepak terbesar Asia Tenggara itu.

Pada edisi kali ini, skuad negara gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan selepas menduduki tangga ketiga Kumpulan B selain turut tewas memalukan kepada Vietnam dan Indonesia.

Difahamkan, Cheng Hoe yang telah membimbing skuad negara sejak 2018 masih memiliki kontrak sehingga penghujung tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI