fbpx

Dua lelaki tergamak rogol, liwat anak saudara 8 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PASIR PUTEH – Dua lelaki ditahan selepas mereka dipercayai merogol dan meliwat anak saudara mereka yang berusia lapan tahun di sebuah rumah di daerah ini pada minggu lalu.

Suspek berusia 39 dan 46 tahun itu ditahan pada pukul 3.35 pagi, Khamis lalu selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku pada pukul 4 pagi, Selasa lalu ketika mangsa tidur di ruang tamu.

Kedua-dua suspek yang bekerja kampung dipercayai khayal dadah jenis methamphetamine semasa melakukan perkara terkutuk tersebut.

“Mangsa yang trauma menceritakan detik hitam kepada ibunya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Bertindak atas maklumat, polis memberkas dua suspek di rumah mereka. Kedua-dua mereka tinggal bersama mangsa, ibu dan bapa tirinya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut dan kes dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI