fbpx

Kurang dikenali, Mahie Gill tidak berkecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHIE GILL

AKTRES Mahie Gill mengakui tidak terkesan mahupun terasa hati dengan mulut sesetengah pihak yang melabel dirinya sebagai pelakon tidak laku kerana namanya kurang popular berbanding orang lain.

Ujar Mahie, walaupun sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak berusia 18 tahun lagi, dia sebenarnya sudah berlakon lebih daripada 30 buah filem.

“Saya sudah berusia 45 tahun dan telah berada lama dalam industri. Saya tidak sedih kerana nama kurang dikenali dalam industri.

“Tapi saya gembira kerana masih kekal sehingga ke hari ini,” katanya.

Walaupun tidak banyak memainkan watak penting dalam filem, dia tetap bersyukur dan gembira kerana namanya masih diingati sesetengah pengarah untuk diambil berlakon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI