fbpx

City cipta rekod, Pep masih rasa kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY mencatat kemenangan kelapan berturut-turut selepas menewaskan Newcastle 4-0 pada aksi kelmarin. – AFP

NEWCASTLE – Sekalipun mencatatkan rekod baharu, kemenangan 4-0 Manchester City ke atas Newcastle United nyata masih belum menghadirkan ke­puasan buat Pep Guardiola.

Juara bertahan itu muncul pasukan pertama dalam sejarah yang berjaya meraih kemena­ngan sebanyak 34 perlawanan dalam saingan utama untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun, kemenangan kelapan berturut-turut diraih mereka itu tidak menggembirakan Guardiola yang kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

“Ini adalah keputusan luar biasa, namun bukan prestasi yang baik terutamanya ketika di babak pertama. Ia adalah antara aksi terburuk sepanjang musim ini.

“Kualiti pemain menghadirkan perbezaan, namun ia bukanlah cara yang kami mahukan. Sudah pasti dalam perlawanan seperti ini, jika kamu tidak cukup bagus ataupun konsisten, kamu akan terlepas sesuatu.

“Bukannya terlalu sukar tetapi kami terlepas perkara mudah,” kata Guardiola.

Kemenangan itu menyaksikan City meledak 11 gol hanya dalam dua perlawanan selepas turut berpesta jaringan ketika mem­belasah Leeds United 7-0.

Walaupun pasukannya dilihat cukup klinikal setiap kali memperoleh peluang, Guardiola tetap berasakan masih ada beberapa aspek yang perlukan penambahbaikan.

“Kami berdepan situasi bahaya di babak pertama kerana pemain tidak cukup fokus.

“Saya bangga kami pecahkan rekod, tetapi saya sedar masih ada jurang untuk jadi pasukan lebih baik. Jadi, kami sedang be­kerja untuk berada pada tahap itu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI