fbpx

Nelayan dakwa jumpa 50 ekor ikan lumba-lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO nelayan sempat merakam video kelibat 50 ekor ikan lumba-lumba berenang dekat Jeti Teluk Kumbar di sini petang tadi.

GEORGE TOWN – Sekumpulan individu terdiri daripada tiga nelayan pantai tergamam sebaik terserempak dengan kira-kira 50 ekor ikan lumba-lumba di perairan berhadapan Jeti Teluk Kumbar dekat sini hari ini.

Penemuan spesies dilindungi dengan anggaran saiz dua meter itu ditemui pada pukul 1.30 tengah hari ketika dalam perjalanan menangkap ikan di kawasan Pulau Rimau.

Mohamad Fadli Othman, 33, berkata, ini merupakan pengalaman manisnya apabila terserempak dengan bilangan besar sekumpulan ikan lumba-lumba di situ.

“Biarpun pernah lima kali terserempak dengan ikan lumba-lumba pada tahun ini tetapi kali ini cukup memberi momen manis buat kami sebelum keluar mencari hasil laut hari ini.

“Sekumpulan ikan lumba-lumba kelihatan berenang dan melompat di tepi bot dan saya sempat merakam video secara langsung sebagai tatapan rakan nelayan di Teluk Kumbar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Fadli memberitahu lagi, dia tidak dapat memikirkan nasib yang bakal dihadapi kumpulan nelayan pantai termasuk hidupan laut di perairan ini sekiranya projek tambak laut bagi membentuk tiga pulau buatan dilaksanakan kelak.

“Kita mungkin tidak lagi berpeluang menikmati keindahan hidupan laut seperti ini termasuk yu paus yang ditemui rakan bulan lalu sekiranya projek mega itu diteruskan,” ujarnya.

Terdahulu, Mohamad Fadli berjaya merakam video sekumpulan ikan lumba-lumba berenang dan melompat di sepanjang perairan dekat Jeti Teluk Kumbar dan Hotel Lexis yang berdurasi satu minit 43 saat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI