fbpx

Dalam banjir ‘bisnes’ ketum tetap jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua lelaki sedang leka pungut daun ketum dalam air banjir tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Walaupun dalam keadaan hujan lebat dan musibah banjir besar ketika ini, namun ‘bisnes’ tetap perlu berjalan seperti biasa.

Tidak kira ribut mahupun taufan melanda, keuntungan dalam ‘berbisnes’ barang salah perlu diteruskan kerana permintaan tetap berjalan dari para pelanggan.

Satu perkongsian di laman sosial ketika ini, kelihatan dua lelaki masih leka mengutip daun ketum dari pokok berkenaan walaupun dalam keadaan banjir di kawasan kediaman mereka.

Air banjir yang sedang meningkat sehingga takat dada dilihat bukan menjadi penghalang besar kepada mereka berdua yang terus ‘mengutip’ daun ketum.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial dan rata-rata menyifatkan dua lelaki tersebut tidak menghiraukan keadaan dan musibah yang sedang melanda negara ketika ini.

“Kau nak meniaga pun tengok la keadaan, tahu la benda tu permintaan tinggi. Panas ke hujan ke bisnes tetap jalan. Ini orang katakan Melayu boleh,” ujar Arm_kala89.

“Lawak pun ada, ini kalau air hapus kepala pun jalan juga ni janji tangan tak tenggelam. Memang menguntungkan la perniagaan ketum ni,” jelas Azamli85. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI