fbpx

‘Kenapa tak ambil serius masalah perubahan iklim?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Yuna meluahkan rasa tidak puas hati apabila masalah banjir terpaksa ditanggung rakyat saban tahun.

PETALING JAYA – Kesengsaraan yang dirasai rakyat Malaysia khususnya di sekitar kawasan Lembah Klang akibat banjir buruk turut dizahirkan penyanyi nun jauh di Amerika Syarikat, Yuna.

Yuna atau nama lengkapnya, Yunalis Mat Zara’ai berkata, dia sepertinya berasa tidak berdaya dan pada masa sama sangat marah dengan situasi yang ditanggung mangsa-mangsa banjir di Malaysia kini.

“Rasa tidak berdaya dan marah apabila ramai mangsa banjir terpaksa menunggu berjam lamanya sebelum bantuan sampai.

“Kita tidak mempunyai persediaan (untuk menghadapi banjir) setiap tahun. Dan, bencana banjir di Malaysia semakin teruk tahun demi tahun.

“Mengapa tidak para pemerintah ambil serius masalah perubahan iklim?,” getus dan soal pelantun lagu Dan Sebenarnya itu dalam Instastory.

Terdahulu, Yuna, 35, melahirkan kerisauan dengan situasi bencana banjir yang melanda kawasan Lembah Klang terutama satu kawasan perumahan iaitu di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian muat naik lain dalam Instastory, Yuna menitipkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertindak menyelamatkan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing di kawasan banjir.

“Kawan saya hantar video. Seorang lelaki menyelamatkan kucing daripada menjadi korban banjir. Semoga Allah merahmati kalian yang menyelamatkan nyawa haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing,” ujarnya.

Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari sejak Jumaat lepas mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI